Kawan2 Hanis Fancy Chocolate

Rabu, 3 Disember 2014

DOA dalam lagu ^__^

setiap hariku
mohon agar Kau senantiasa
memberiku ketenangan 
dalam hati kekuatan
menempuhi segala
dugaan yang mencabar ini
pasti punya artinya
Kau beriku harapan
menjawab segala persoalan
hadapi semua dalam tenang
dengan merasa kesuyukuran
ku doa Kau selalu
mengawasi segala gerak-geriku
berkatilah
ku perlu rahmat dari-Mu
oh Tuhan
terangkan hati dalam sanubariku
untuk menempuhi segala
hidup penuh cabaran ini
oh Tuhan
ku berserah segalanya kepada-Mu
agar jiwaku tenang dengan bimbingan-Mu selalu
ada kala ku merasa hidup ini seperti kaca
jikalau tidak bersabar hancur berderailah akhirnya
tabahkanlah hatiku melalui semua itu oh
kuatkanlah
cekalkanlah diriku
oh Tuhan
terangkan hati dalam sanubariku
untuk menempuhi segala
hidup penuh cabaran ini
oh Tuhan
ku berserah segalanya kepada-Mu
agar jiwaku tenang dengan bimbingan-Mu selalu
curahkanlah nikmat-Mu
kepada hidupku




Isnin, 29 September 2014

TEMPAHAN (MELAKA)

    LOLICHOC SMILEYS : 50PACKS

    LOLICHOC LOVE LETTERS : 80PACKS

    LOLICHOC LADYBUGS : 75PACKS


LOLICHOC ( DOORGIFT MAJLIS PERKAHWINAN )

Warna Tema : Biru - Putih
Bentuk : Ladybug, Smiley & L.O.V.E
Jumlah : 205packs
Terima Kasih Shafikah Azmi ^__^

Tempahan 14 Nov 2012

Ahad, 28 September 2014

Motivasi untuk Hidup

Pernah dulu, lepas dah habis degree, dah kahwin dan ada anak, ramai yang tanya,
"kerja apa sekarang?"
Bila jawab duk rumah je jaga anak, bisnes online, buat coklat home made, ada yang senyum & cakap baguslah minat berniaga, eloklah pandai buat coklat, untunglah kau pun kreatif. ^__^
Tapi...
Lebih ramai yang buat muka, " sayang kau ada degree tapi xkerja bagus, mesti Mak Abah kau frust, rugi belajar 3tahun tapi duk kt rumah."
Pernah dulu, rasa down T__T

Saya tak kata salah, saya juga tak kata betul apa saja pendapat orang kepada saya mengenai isu ni. Itu hak mereka nak berkata. Saya pun nak jadi anak yang berbakti kepada orang tua setelah mereka banyak berkorban buat saya. Saya bukan tak pernah cuba dapatkan kerja makan gaji setelah dapat degree, banyak tempat saya cari, banyak jawatan saya mohon. Cuma semuanya bukan ditakdirkan untuk saya. Sampailah saya ditemukan dengan bidang coklat home made ini. Terima Kasih saya sampai mati buat kakak sulung saya, Kak Ina. ^__^
Syukur diri ini lahir dalam keluarga Islam, Abah seorang karkun & bawa cara hidup Islam dalam keluarga kami. Lepas Subuh baca Quran setengah jam, lepas Isya' baca Hadis setengah jam.
Dalam Quran & Hadis terlalu banyak disebutkan tentang rezeki, rezeki & rezeki dalam pelbagai cara. Islam adalah tunjangnya, dan ilmu adalah dasarnya.
Apa pun yang kita buat, pastikan niat untuk mendapatkan rezeki yang halal, buat kerja dengan ilmu yang betul, sentiasa tambah ilmu berkaitan dengan bidang. Minta izin suami, minta izin ibu bapa & keluarga. Minta maaf jika tidak mampu memenuhi jangkaan mereka, sentiasa menghubungi mereka, hiburkan hati mereka, beritahu kita sayang mereka, maklumkan setiap perkembangan kerja kita kepada mereka, utamakan pendapat mereka dalam setiap usaha kita.
Dapat SMS ; (tanpa edit)
Abah n mak tak pernah rasa kecewake apake baik bagimu baiklah bagi kami
Tangisan syukur. Rezeki itu Allah yang beri. Restu ibu bapa & keluarga, itu mesti.   


LOLICHOC



LOLICHOC KOPERASI SEKOLAH

Bentuk : Smiley & Snowflake
Plain Milk Chocolate + White Chocolate
Harga : RM1.30/each (plain/tanpa inti)
          : RM 1.40/each (fillings/berinti)

Selasa, 23 September 2014

Kisah Page Baru

Assalamualaikum semua ^__^

Semalam, beriya2 nak update page baru dalam Facebook, konon nak upgrade senyap2 bila dah penuh page baru nak bagtau kawan2 ajak like. Sekali tersalah tekan, terus punah segala surprise, diri sendiri yang surprise kelam kabut minta like dari sanak saudara & kawan2 sebabb nak dapatkan web address, kelakar.. >__<

PM inbox saudara & kawan2 yang tengah online minta kasi LIKE, diorang pun invite lagi kawan2 yang lain untuk LIKE hihi..belum lagi Umi Whatsapp kat group adik beradik untuk kasi LIKE lagi, nak web address punya pasal.

Cik Apis a.k.a asben pun bagi semangat, iaitu dengan kaedah menjaga anak2 dan kejap2 tanya dah cukup 25 likes ke belum hihihi... <3

ni lah punca yang kelam kabut minta kawan2 like tu hahah 

Akhirnya dapat 25 likes atas bantuan saudara & rakan2 

Bertambah lagi LIKES

dan lagi LIKES

dan lagi LIKES !! ^__^


 Emak & Abah agak kesian melihat kekalutan sang anak, turut sama bertanya melalui Whatsapp, dan sesungguhnya kasih sayang mereka sangat besar buat anak2nya. Eby sayang sangat kat Mak & Abah <3


Esok kita sambung lagi, nak baca kisah lama di blog lama ada ( www.fancychocolatepinata.blogspot.com )

Wassalam ^__^

Rabu, 10 September 2014


ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ


Credit to : Alex Sani
                Label Designer
                ( http://hairussani.blogspot.com )