Kawan2 Hanis Fancy Chocolate

Ahad, 28 September 2014

Motivasi untuk Hidup

Pernah dulu, lepas dah habis degree, dah kahwin dan ada anak, ramai yang tanya,
"kerja apa sekarang?"
Bila jawab duk rumah je jaga anak, bisnes online, buat coklat home made, ada yang senyum & cakap baguslah minat berniaga, eloklah pandai buat coklat, untunglah kau pun kreatif. ^__^
Tapi...
Lebih ramai yang buat muka, " sayang kau ada degree tapi xkerja bagus, mesti Mak Abah kau frust, rugi belajar 3tahun tapi duk kt rumah."
Pernah dulu, rasa down T__T

Saya tak kata salah, saya juga tak kata betul apa saja pendapat orang kepada saya mengenai isu ni. Itu hak mereka nak berkata. Saya pun nak jadi anak yang berbakti kepada orang tua setelah mereka banyak berkorban buat saya. Saya bukan tak pernah cuba dapatkan kerja makan gaji setelah dapat degree, banyak tempat saya cari, banyak jawatan saya mohon. Cuma semuanya bukan ditakdirkan untuk saya. Sampailah saya ditemukan dengan bidang coklat home made ini. Terima Kasih saya sampai mati buat kakak sulung saya, Kak Ina. ^__^
Syukur diri ini lahir dalam keluarga Islam, Abah seorang karkun & bawa cara hidup Islam dalam keluarga kami. Lepas Subuh baca Quran setengah jam, lepas Isya' baca Hadis setengah jam.
Dalam Quran & Hadis terlalu banyak disebutkan tentang rezeki, rezeki & rezeki dalam pelbagai cara. Islam adalah tunjangnya, dan ilmu adalah dasarnya.
Apa pun yang kita buat, pastikan niat untuk mendapatkan rezeki yang halal, buat kerja dengan ilmu yang betul, sentiasa tambah ilmu berkaitan dengan bidang. Minta izin suami, minta izin ibu bapa & keluarga. Minta maaf jika tidak mampu memenuhi jangkaan mereka, sentiasa menghubungi mereka, hiburkan hati mereka, beritahu kita sayang mereka, maklumkan setiap perkembangan kerja kita kepada mereka, utamakan pendapat mereka dalam setiap usaha kita.
Dapat SMS ; (tanpa edit)
Abah n mak tak pernah rasa kecewake apake baik bagimu baiklah bagi kami
Tangisan syukur. Rezeki itu Allah yang beri. Restu ibu bapa & keluarga, itu mesti.   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan